Boleh ke Guru Menghantar Anak Murid ke Klinik




Hmmm...PIHAK SEKOLAH TIDAK BOLEH HANTAR MURID YANG SAKIT TERUS KE KLINIK / HOSPITAL ker...??

"...Kenapa cikgu call saya suruh ambil anak di sekolah sebab anak jatuh dan ada luka sikit jer? Tak boleh ke pihak sekolah hantar sendiri ke klinik / hospital...?"

Sesungguhnya, pihak sekolah tak boleh hantar sendiri murid yang sakit atau cedera ke hospital.
(Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000 & SPI Bil: 1/1995)

BUKAN LEPAS TANGAN
Walaupun insiden jatuh / luka / kemalangan terjadi pada waktu persekolahan, murid itu tetap di bawah tanggungjawab ibu bapa. Ini adalah prosedur atau SOP.

DASAR TIMBANG RASA
Mungkin sebelum ini ada kes di mana pihak sekolah hantar terus murid ke hospital...tetapi ia dibuat atas dasar TIMBANG RASA yang melibatkan kes KECEMASAN, misalnya sawan atau sakit jantung. Ibu bapa tetap perlu dimaklumkan ketika dalam perjalanan ke hospital dan guru akan minta kebenaran (lisan atau bertulis).

Semua tindakan guru kepada murid memerlukan kebenaran bertulis dari ibu bapa. Tujuannya adalah untuk mengelakkan isu berbangkit di kemudian hari.


TANGGUNGJAWAB IBU BAPA
Rumusannya, anak ANDA, tanggungjawab ANDA. Pihak sekolah hanya boleh bawa murid ke hospital dengan kebenaran ibu bapa. Kedengaran seperti mementingkan diri namun itulah hakikatnya.

*Perlu juga diketahui bahawa setiap murid dilindungi skim insuran takaful (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1995).

No comments:

Post a Comment