Ads block

Banner 728x90px

Nama Guru Besar SKM 1



En. Rozikin Bin Md Din
1.4.2021 - 


En Rozikin Bin Md Din telah menggantikan Pn Rozita Binti Sudin sebagai Guru Besar SK Felda mempaga 1 pada tahun 2021. Beliau berpindah daripada SK FELDA Keratong 10 ke SK FELDA MEMPAGA 1 menggantikan Pn Rozita Binti Sudin yang berpindah pada April 2021. Beliau pernah berkhidmat selama 16 tahun di sini sebelum naik pangkat ke SK Lebu sebagai GPK Kokurikulum pada tahun 2016 dan kembali semula ke SK FELDA Mempaga 1 sebagai Guru Besar pada tahun 2021.




Pn. Rozita Binti Sudin 
26.12.2018 - 31.3.2021
                                                             


Pn Rozita binti Sudin telah menggantikan Pn Sahara Binti Jamaludin sebagai Guru Besar SK Felda mempaga 1 pada tahun 2019. Beliau berpindah daripada SK FELDA Kemahal ke SK FELDA MEMPAGA 1 menggantikan Pn Sahara Binti Jamaludin yang bersara pilihan pada 2018. Beliau telah berpindah ke SK JAMBU RIAS pada April 2021. 


Pn Sahara Binti Jamaludin
15.10.2016 - 25.12.2018




Dilahirkan pada 23 Oktober 1963 di negeri Pahang beliau telah berkahwin dan dikurniakan dengan 5 orang anak perempuan. Sekarang beliau telah mempunyai 4 orang menantu dan 4 orang cucu.  
              
 Mendapat pendidikan awalnya di SK bilut dan menyambung pengajian di peringkat menengah di Smk bilut dan Smk sulaiman. Beliau telah mengikuti Latihan Asas Perguruannya di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.  Bermula dari sini, beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani untuk menempuhi segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata orang “alah biasa tegal biasa” dan “genggam  bara api biar sampai jadi abu”, begitulah semangat yang dimiliki oleh Pn Sahara binti Jamaludin , Guru Besar SK felda mempaga 1 yang  sangat dihormati dan disayangi. Memulakan tugas beliau sebagai seorang pendidik di negeri Terengganu. 

Bermula 5 januari 1986, beliau bertugas di SK seri payong jertih terengganu. Seterusnya pada 1 januari 1987 di sk kedai buluh Kelantan. Pada tahun 1988 beliau telah memulakan tugas di negeri Pahang iaitu di sk felda mempaga 1. Pada 1 Februari 1989 beliau dipindahkan ke sk f mempaga 2. Selepas 14 tahun berkhidmat di sk f mempaga 2 beliau bertugas pula di Sk lebu bermula pada 1 januari 2003 dan dipindahkan ke sk bilut pada 1 april 2006.  Kemudian beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Gpk Hem di Sk Betau pada 16 oktober 2006 dan mendapat Anugerah perkhidmatan cemerlang pada 2007. Pada 16 september 2013 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar dan ditukarkan ke Sk Felda Chemomoi. Bermula pada 1 januari 2016 beliau ditukarkan pula ke SK Lebu. Beliau hanya sempat berkhidmat selama 9 bulan sebelum ditukarkan ke Sk F Felda Mempaga 1 pada 15 Oktober 2016. 

Beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan cemerlang pada tahun 2017.  Beliau telah menamatkan perkhidmatan beliau pada 25 Disember 2018 di SK FELDA MEMPAGA 1.


En Azman Bin Dahlan
1.9.2011 - 25.12.2016





En Othman b Hassan
2.5.2008 - 31.8.2011




En Md Sukor B Abd Aziz
1.12.2002 - 30.4.2008

En Othman b Hj Abd Karim
16.7.2000 - 15.8.2002

En Mohd Nor b Muda
1.6.1999 - 1.6.2000

En Saman b Ahmad
16.1.1998 - 31.5.1999

En Roslan b Mohd Yunos
5.2.1997 - 15.1.1998

En Abdul Jalil b Ahmad
20.6.1994 - 4.2.1997

En A. Rahim b Taib
2.10.1992 - 19.6.1994

En A Salam b A Rahim
2.3.1992-1.10.1992

En Abdullah b Daud
1.1.1986 - 15.12.1991

En Abu Samah b Ibrahim
4.1.1982 - 31.12.1985


No comments:

Post a Comment